Tujuan meletakkan stop
loss (berhenti rugi) adalah untuk menghadkan kerugian jika pasaran forex tidak
bergerak seperti yang dijangka atau berlawanan dengan arah posisi jual/beli yang
anda buka.
Mengetahui di mana perlu
letak stop loss dalam dagangan forex adalah sama penting dengan tahu di mana
anda patut membuka posisi (beli/jual).
Kali ini kita akan
menggunakan Fibonacci untuk mencari aras/paras harga yang boleh digunakan sebagai
aras stop loss. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk meletakkan
stop loss menggunakan Fibonacci.
Teknik pertama, ialah
dengan set stop loss pada harga yang melepasi sedikit dari paras Fibonacci yang
seterusnya.
Jika anda merancang untuk
membuka posisi beli/jual pada aras Fibo 38.2%, jadi anda akan letakkan stop
loss melepasi sedikit dari aras Fibo 50.0%. Tetapi jika anda rasa 50.0% akan
menahan pergerakan pasaran, anda letakkan stop loss lepas sedikit daripada aras
61.8% dan seterusnya.
Mari kita lihat contoh berikut.
Dalam carta forex tersebut, telah diletakkan Fibonacci retracement (FR) dan
posisi jual telah dibuka pada Fibo 50.0%.
Jika anda jual pada Fibo
50.0%, anda boleh letakkan stop loss pada harga lepas sedikit dari aras Fibo
61.8%.
Alasan menggunakan cara
ini untuk meletakkan stop loss adalah kerana kita percaya aras Fibo 50.0% &
61.8% akan menjadi aras rintangan. Jadi
sekiranya pasaran masih menembusi aras ini dan terus bergerak ke atas, jangkaan pergerakan pasaran
anda menjadi tidak sah dan sekiranya masih terus bergerak ke atas dan kena pada
stop loss yang anda letakkan tadi, posisi anda akan ditutup secara automatik seterusnya
menyelamatkan akaun forex anda daripada kerugian dengan lebih banyak.
Namun begitu, masalah
menggunakan teknik ini ialah ia bergantung sepenuhnya dengan ketepatan entri
atau posisi jual/beli yang anda buka.
Meletakkan stop loss lepas
sedikit dari aras FR yang seterusnya adalah dengan anggapan bahawa
aras-aras Fibo akan menjadi aras
rintangan atau sokongan yang boleh menahan pasaran dari terus bergerak
melepasinya.
Walaubagaimanapun, pasaran
forex mungkin bergerak melepasi aras tersebut, kena stop loss anda (menutup
posisi anda) dan kemudian berpatah balik ikut arah pasaran seperti yang telah anda
jangkakan sebelumnya. Perkara seperti ini boleh berlaku secara berturut-turut. Jadi adalah
perlu anda menguruskan kerugian anda dengan bijak dan mencari peluang trade
dengan kebarangkalian menang yang tinggi iaitu kebarangkalian pasaran akan
bergerak seperti yang dijangka adalah tinggi.
Teknik ini digalakkan
untuk digunakan hanya untuk dagangan jangka pendek iaitu tempoh buka posisi
kurang dari sehari (intraday trading).
Teknik kedua, yang lebih
selamat ialah dengan meletakkan stop loss melepasi puncak (ayun tinggi) atau
lembah (ayun rendah). Teknik ini memerlukan margin akaun yang lebih tinggi kerana
stop loss adalah lebih besar terutamanya sekiranya puncak atau lembah tersebut
jauh dari posisi beli/jual yang anda buka.
Teknik ini membolehkan
trade forex anda mempunyai ruang yang lebih untuk bernafas bagi menghadapi
ketidaktentuan pasaran forex dan memberi lebih peluang pasaran akan bergerak
mengikut arah yang anda telah ramalkan.
Carta forex berikut adalah
contoh sekiranya anda membuka posisi jual.
Jika pasaran forex
melepasi puncak atau lembah di mana anda telah letakkan stop loss, ia mungkin
menunjukkan trend pasaran telah berpatah balik dan ramalan pergerakan pasaran
forex anda telah tidak sah.
Menggunakan teknik ini,
iaitu dengan meletakkan stop loss yang lebih besar adalah sesuai untuk trade
jangkamasa panjang.
Cara mana yang lebih baik?
Tiada jawapan yang tepat.
Tetapi sebaiknya anda boleh menggunakannya bersama-sama analisis lain dan
mengenalpasti pergerakan pasaran dan seterusnya memilih teknik meletakkan stop
loss yang betul. Iaitu dengan kata lain, ramalan yang mempunyai kebarangkalian
yang lebih tinggi.
Subtopik:
- Meletakkan Stop Loss menggunakan Fibonacci